Wednesday, October 20, 2010

Aku Insan Yang Lemah


Kadangkala, kita merasakan kita mampu menghadapinya. Kita kuat untuk menempuhinya. Namun kita silap, tidak semuanya kita mampu untuk mengawalnya. Setelah melakukan kesilapan tersebut barulah kita menyedarinya. Astaghfirullahull azimm….Sesungguh nya kita adalah hamba yang lemah, sering mengulangi kesilapan demi kesilapan. Aku khilaf Ya Allah. Aku cuba untuk memperbaiki diri sendiri, memperbaikan lagi apa yang sepatutnya kurang. Namun, bukan semuanya berada dalam percaturan ku, sekali lagi aku gagal. Sekali lagi aku kecundang dengan pujukan syaitan.

Sememang betullah kata orang, mulut tidak bertulang. Mampu melafazkan apa sahaja yang terdetik difikiran. Ditambah lagi dengan dorongan Pak Tan (Syaitan), maka semakin galaklah aku melontarkan ketidakpuasan hati ini. Tanpa menghiraukan ia mampu melukakan perasaan orang lain, tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain, aku berterus-terusan meluahkan amarah ku. Ya Allah…ampunkanlah segala dosaku ini.

Sekalipun apa yang diperjuangkan itu adalah betul, namun janganlah sesekali kita melukakan perasaan orang lain dengan meluahkan perkara tersebut. Jangan sesekali merendah-rendahkan orang lain walaupun niat kita adalah baik….kerana kita tidak tahu apa yang tersurat dan tersirat berkenaan orang tersebut. Mungkin di sisi Allah, dia 1000 kali lebih baik daripada kita. Wallahualam… Dan andai kita yakin dengan apa yang difikirkan, cukuplah sekadar menyatakan sahaja dalam hati, cukuplah hanya menegur saja dalam hati agar apa yang terkeluar dari mulut berbisa ini tidak menyakiti insan lain.