Monday, July 26, 2010

Alam Sekitar & Agama Islam

Dalam konteks membicarakan pembentukan etika dalam masyarakat, pendekatan agama amat memberi kesan yang mendalam bagi membentuk rohani dan jasmani sesorang yang mulia dan sihat.

Hanya dibicarakan dari sudut pandangan agama Islam sebagai satu agama yang syumul yang mempunyai cara, kaedah dan jalan penyelesaiannya yang tertib dalam menghadapi dan menangani persoalan alam sekitar yang semakin mencabar ini. Agama Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. menghuraikan tentang saling hubungan yang erat di antara manusia dengan manusia; manusia dengan alam sekitar dan manusia dengan penciptaNya.

Menjaga alam sekitarnya daripada dimusnahkan dan sentiasa menggunakan alam sekitarnya secara harmoni dan seimbang adalah sebahagian yang dituntutkan dalam Islam. Setiap pembangunan yang hendak dilakukan oleh manusia perlu berteraskan kepada konsep pembangunan lestari atau berterusan dan melalui pendidikan alam sekitar bagi tujuan pembangunan berterusan ini memerlukan kesepaduan ilmu dan hubungan yang harmonis di antara manusia, alam sekitar dan Pencipta.

Ø Tiga perkara yang ditekankan dalam sistem kehidupan Islam yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia dan kaitannya terhadap penjagaan alam sekitar iaitu :

- Akidah – Allah pencipta alam

- Syariah – hukum-hukum Islam – kehidupan harmoni

- Akhlak – perilaku + hubungan manusia.

Ø Lima perkara yang boleh dinyatakan dalam pendidikan alam sekitar sebagai satu cara pembentukan etika dalam masyarakat berdasarkan kepada agama Islam iaitu

- Allah sebagai pencipta alam semester dan sekalian

makhluk

- Bumi dan alam semesta

- Benda bukan hidup dan sumber semulajadi

- Interaksi antara manusia, haiwan + tumbuhan

-Pengurusan alam sekitar

2 comments: